Pewaris Korean Air Buat Hal Lagi – Channel W

Pewaris Korean Air Buat Hal Lagi

SEOUL – Polis Korea Selatan melancarkan siasatan mengenai pewaris Korean Air semalam berhubung dakwaan beliau menyimbah air ke muka seorang lelaki dalam satu mesyuarat perniagaan.

Wanita berkenaan adik kepada seorang lagi pewaris syarikat penerbangan itu yang terkenal dengan kes ‘kemarahan kacang’ empat tahun lalu.

 Cho Hyun-min meminta maaf di atas tingkah laku melulunya selepas kejadian terbaru berkenaan mengundang kecaman dan menonjolkan sikap panas barah keluarga terkenal itu.

Cho, 36, ialah adik kepada Cho Hyun-ah, yang menjadi tajuk utama akhbar dunia pada 2014 apabila menghalau seorang kru kabin daripada pesawat selepas dihidangkan dengan kacang macadamia di dalam bungkusan, bukan di dalam mangkuk.

Perbalahan terbaru membabitkan anggota termuda keluarga itu tersebar apabila media tempatan melaporkan beliau menyimbah air ke muka pengurus agensi pengiklanan ketika mesyuarat bulan lalu.

Cho, yang juga eksekutif pemasaran Korean Air, dilaporkan berang apabila tidak suka dengan salah seorang reaksi pengurus berkenaan.

Firma pengiklanan itu menerbitkan iklan untuk syarikat penerbangan kebangsaan Korea Selatan itu.

Polis Seoul berkata, mereka melancarkan siasatan awal untuk menilai sama ada Cho melanggar sebarang undang-undang.

Menyimbah air ke wajah seseorang boleh dianggap menyerang di Korea Selatan. Seorang suri rumah didenda AS$650 (RM2,520) pada 2015 kerana menyimbah air kepada seorang broker hartanah ketika bertengkar.

Cho Hyun-min dan Cho Hyun-ah ialah anak perempuan kepada pengerusi Korean Air, Cho Yang-ho.

Pewaris keluarga elit Korea Selatan kerap menjadi tajuk utama kerana sikap yang dianggap angkuh dan memalukan. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans