Pewaris Korean Air Didesak Minta Maaf, Letak Jawatan – Channel W

Pewaris Korean Air Didesak Minta Maaf, Letak Jawatan

SEOUL – Kesatuan sekerja Korean Air Lines mendesak anak perempuan bongsu pengerusi syarikat penerbangan berkenaan, meletak jawatan daripada pengurusan selepas didakwa bertindak biadap terhadap pegawai agensi pengiklanan yang menimbulkan kemarahan ramai.

Wanita berkenaan ialah adik kepada seorang lagi pewaris yang terkenal dengan kes ‘kemarahan kerana kacang’.

Cho Hyun-min, juga dikenali sebagai Emily Choo dan timbalan presiden kanan di Korean Air, Khamis lalu meminta maaf di atas apa yang disifatkan ‘tindakan bodohnya’ selepas media melaporkan beliau menyimbah air ke muka seorang pengurus agensi pengiklanan pada satu mesyuarat.

Cho, bercakap kepada saluran televisyen MBC selepas memendekkan percutiannya dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon semalam, menafikan menyimbah air ke muka pengurus berkenaan tetapi mengaku ‘menolaknya’.

Beliau mengaku tindakan itu ‘bodoh’.

Polis melancarkan siasatan awal untuk melihat sama ada Cho menyalah guna kuasa untuk melanggar sebarang undang-undang berkaitan laporan terbaru itu.

Korean Air, hari ini berkata ia menyedari siasatan polis itu.

Menurut kenyataan syarikat itu, selepas pihak syarikat menilai hasil siasatan, syarikat bercadang mengambil langkah bersesuaian.

Ia adalah kontroversi terbaru keluarga pemilik syarikat penerbangan terbesar Korea Selatan itu.

Kakak Cho, Cho Hyun-ah, atau Heather Cho, menjadi tajuk utama berhubung kes kemarahan kerana kacang pada 2014 apabila hilang sabar dengan cara beliau dihidangkan kacang macadamia ketika berada dala kelas pertama pesawat itu. – Reuters

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans