PH bertemu PAS di PRK DUN Seri Setia – Channel W

PH bertemu PAS di PRK DUN Seri Setia

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Pakatan Harapan (PH) dan PAS.

Pertandingan itu diumumkan Pegawai Pengurus SPR DUN Seri Setia, Datuk Mohd Azizi Mohd Zain, di perkarangan Dewan Sivik dekat Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Sabtu.

“(Calon PH) Halimey Abu Bakar mengemukakan kertas penamaan pada jam 9.10 pagi.

“(Calon PAS), Dr Halimah Ali mengemukakan kertas penamaan pada jam 9.15 pagi.

“Kita telah semak (kertas penamaan). Setelah selesai tiada calon ditolak kertas penamaan,” katanya.

Kerusi DUN Seri Setia kosong berikutan kematian penyandangnya, Prof Dr Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Shaharuddin memenangi kerusi DUN Seri Setia dengan majoriti 19,372 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Seri Setia diadakan serentak pada 8 September ini. Hari pengundian awal akan berlangsung pada 4 September ini.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans