Piala Sumbangsih Milik Siapa, JDT atau Kedah? – Channel W

Piala Sumbangsih Milik Siapa, JDT atau Kedah?

Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin bakal menjadi medan pembuka tirai Liga-M musim depan apabila bakal jadi venue penentuan Sumbangsih membabitkan juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara Piala FA, Kedah, 3 Februari ini.

Selepas itu tiga perlawanan menjadi tumpuan pada aksi pertama Liga Super kali ini yang pastinya terarah kepasa perhitungan antara Melaka United dan Kelantan, Kuala Lumpur menentang Selangor dan pertembungan antara dua pendatang baharu, PKNP FC dan Negeri Sembilan.

PKNP FC yang dikendalikan Abu Bakar Fadzim pastinya mengharapkan aksi pertama di gelanggang sendiri di Stadium Negeri Pulau Pinang bakal membawa tuah buat kelab itu sebagai hadiah untuk penampilan sulung mereka di saingan utama.

Selain itu, perhitungan Melaka United dan Kelantan juga harus tidak boleh dilupakan ketika kejayaan The Red Warriors membenam lawan mereka di Stadium Hang Jebat musim lalu menyelamatkan mereka daripada terjerumus ke kancah Liga Perdana.

Mungkinkah tuah presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Bibi Ramjani Ilias Khan akan terus menghadirkan magis buat Kelantan di bumi Melaka?

Namun selepas tranformasi dilakukan oleh ‘Kak Bibi’, Kelantan pasti mahu tiga mata maksimum sebagai permulaan menarik buat mereka untuk kembali tampil sebagai pencabar utama Liga Malaysia (Liga M).

Selain itu, aksi tetangga Lembah Klang membabitkan Kuala Lumpur dan Selangor nyata menarik ketika skuad Ibu Kota kembali ke kancah utama buat pertama kali sejak tersingkir daripada Liga Super pada 2012.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans