PKNS Mahu 3 Syarikat Program Usahawan Tersenarai di Bursa Malaysia – Channel W

PKNS Mahu 3 Syarikat Program Usahawan Tersenarai di Bursa Malaysia

SHAH ALAM – Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berharap tiga syarikat tempatan yang terpilih menyertai Program Pemantapan 5 Usahawan (5U) bimbingan perbadanan tahun ini, akan tersenarai di papan utama Bursa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Datin Paduka Dr Noraida Mohd Yusof berkata tiga syarikat sulung yang menyertai program berkenaan berpotensi untuk ke peringkat lebih tinggi menerusi bimbingan perbadanan itu dalam aspek kemahiran pengurusan perniagaan, kewangan dan peluang perniagaan.

“PKNS berharap inisiatif seumpama ini dapat melonjakkan lagi perniagaan usahawan-usahawan agar mampu bersaing di peringkat lebih tinggi serta tersenarai di bursa saham dengan perkhidmatan dan produk berkualiti yang popular dalam kalangan pelanggan.

“Menerusi program ini, mereka juga mampu memastikan syarikat terus berkembang tanpa bimbingan PKNS setelah tamat tempoh bimbingan,” katanya.

Noraida berkata menerusi program itu, PKNS membimbing syarikat-syarikat ini melalui pemegangan beberapa peratus saham syarikat 5U berdasarkan kriteria yang ditetapkan sebagai tanda komitmen melalui suntikan modal, selain memberi latihan praktikal atau kursus-kursus bersesuaian.

“Pemantauan selama lima tahun turut dilakukan PKNS terhadap syarikat di bawah program ini, memastikan syarikat terus berkembang tanpa bimbingan PKNS selepas tempoh tamat,” katanya.

Tiga syarikat yang menandatangani perjanjian itu adalah Icon Futurehome Sdn Bhd, Al Kauthar Resources Sdn Bhd serta Mutawwif Training and Consultancy Academy Sdn Bhd.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Icon Futurehome, syarikat yang membekalkan produk dan perkhidmatan berkaitan aktiviti perumahan pintar, Najman Kamaruddin, berkata penyertaan wakil PKNS dalam syarikatnya membantu pihaknya menawarkan produknya terus kepada pemaju perumahan besar seperti PKNS.

Di samping itu, katanya, penglibatan tiga wakil PKNS menerusi pegangan saham dalam syarikatnya itu secara langsung membantu menangani cabaran yang dihadapi dalam perniagaan terutama dalam aspek penjualan produk terus kepada pemilik rumah.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans