Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, perbincangan yang dilakukan di Hotel Sheraton,  pada malam 9 Mei lalu bagi mencapai keputusan secara konsensus daripada semua pemimpin dan ahli PH untuk menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

“Kami terlalu sibuk berbincang mengenai masa depan PH ketika di hotel itu,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, pada Rabu.

Semalam, Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH mendedahkan terdapat cubaan ‘di sebalik tirai’ beberapa jam sebelum keputusan rasmi Pilihan Raya Umum Ke-14 enam bulan lalu.

Menurutnya, ada cubaan daripada pemimpin UMNO dan Pas untuk menarik ahli-ahli Parlimen Melayu-Islam daripada PH bagi membentuk kerajaan.