PM dan Isteri Kunjung Rumah Terbuka Gerakan dan MCA – Channel W

PM dan Isteri Kunjung Rumah Terbuka Gerakan dan MCA

KUALA LUMPUR – Sambutan Tahun Baru Cina di seluruh negara tahun ini disambut meriah, dengan kaum-kaum lain turut meraikannya serta berkongsi kegembiraan dengan semangat perpaduan.

Pastinya masyarakat Cina mengharapkan Tahun Anjing memberikan kebahagiaan, keharmonian dan kejayaan, di samping menuntut setiap individu untuk lebih fokus pada apa yang dikerjakan serta lebih percaya kepada kemampuan diri.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA di Wisma MCA dan anjuran Gerakan di Bangunan PGRM.

Ketibaan Najib dan Rosmah disambut barisan kepimpinan tertinggi Gerakan yang diketuai Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong, sambil diiringi persembahan tarian singa.

Perdana menteri dan isteri kemudian beramah mesra dengan pengunjung rumah terbuka yang dihadiri hampir 4,000 masyarakat berbilang kaum.

Dalam pada itu Rosmah diiringi isteri presiden Gerakan Datin Seri Yeoh Pooi Hoon turut meyampaikan cenderahati kepada 30 anak yatim daripada beberapa pertubuhan kebajikan sekitar Lembah Klang.

Turut serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam dan Presiden myPPP Tan Sri M.Kayveas selain beberapa menteri kabinet.

Majlis dimeriahkan dengan persembahan tarian singa. Pelbagai juadah disediakan buat tetamu pelbagai bangsa serta pelancong asing yang turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan, nyanyian dan seni mempertahankan diri.

-BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans