PM jumpa kabinet bincang isu Mara – Channel W

PM jumpa kabinet bincang isu Mara

Tun Dr Mahathir Mohamad akan bertemu dengan barisan Kabinet bagi membincangkan isu sensitif berkaitan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Perdana Menteri berkata, isu berkenaan kini sudah menjadi satu isu sensitif dan ia perlu diberi perhatian oleh Pakatan Harapan (PH).

“Saya akan bawa perkara ini kepada menteri-menteri supaya faham betapa pentingnya mereka sensitif terhadap pandangan orang ramai.

“Kalau kita mahukan sokongan orang ramai, kita perlu sensitif kepada pendapat mereka (orang ramai),” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kepemimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Yayasan Selangor, malam tadi.

Sebelum ini, isu berkaitan MARA hangat diperkatakan apabila ia didakwa akan dipecah-pecahkan kepada beberapa kementerian.

Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, mendakwa MARA akan dipecah-pecahkan dan dibahagikan kepada beberapa kementerian, melalui status akaun Twitter miliknya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Ketereh memaklumkan bahawa MARA akan ‘dibahagi-bahagikan’ membabitkan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Kementerian Pembangunan Usahawan (KPU), Kementerian Pendidikan (KPM), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi.

Bagaimanapun, menerusi entri itu, Annuar yang juga bekas Pengerusi MARA tidak menjelaskan bagaimana agensi itu bakal dibahagikan antara kementerian terbabit.

Pada 23 Julai lalu, Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Mohd Yusof memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan membuat keputusan mengenai kedudukan MARA kurang daripada tempoh 20 hari.

Mohd Redzuan berkata, secara peribadi beliau mahu MARA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan walaupun agensi itu kini di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dsn turut mengingatkan bahawa MARA pernah diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sebelum dibubarkan pada 2009.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans