PM ke China jumpa Presiden Xi Jinping bulan depan – Channel W

PM ke China jumpa Presiden Xi Jinping bulan depan

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan akan mengetuai delegasi ke China bulan depan untuk bertemu Presiden Xi Jinping, kata sumber-sumber kerajaan, Khamis.

Ia akan menjadi lawatan pertama perdana menteri ke Beijing sejak memegang jawatan itu buat kali kedua dalam kerjayanya.

Lawatan kerja rasmi selama lima hari itu akan diadakan pada pertengahan bulan Ogos, kata sumber tanpa menyatakan tarikh yang tepat.

Mahathir dijangka disertai sekurang-kurangnya tiga menteri kabinet termasuk Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Luar Negeri Datuk Saifuddin Abdullah.

“Perdana Menteri mempunyai jadual yang sangat ketat dari bulan Ogos dan seterusnya, bermula di Beijing. Di sana, Mahathir akan bertemu Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Keqiang.

“Beliau juga akan bertemu dengan pengerusi Geely, Li Shufu,” kata sumber dipetik media.

Geely kini memegang kepentingan sebanyak 49 peratus dalam Proton.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans