PM Najib Bersarapan Bersama Penduduk Setempat Daerah Yan – Channel W

PM Najib Bersarapan Bersama Penduduk Setempat Daerah Yan

YAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa kira-kira 30 minit bersarapan bersama lebih 200 penduduk setempat di Medan Selera Pantai Murni di sini hari ini.

Najib yang diiringi Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah tiba pada 10.15 pagi dan disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Anggota Parlimen Jerai Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi negeri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri, ADUN Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail.

Najib turut diberikan taklimat pendek oleh Jamil Khir berhubung pembinaan sambungan Lebuh raya Utara-Selatan, PLUS Gurun, cadangan tapak stadium bertaraf FIFA di Keda Sungai Udang dekat sini selain Kompleks Pejabat Agama Islam dan Mahkamah Rendah Syariah Yan serta pelebaran Jambatan Bukit Choras yang telah pun siap.

Jamil Khir turut menyampaikan taklimat pendek berhubung Masjid Terapung Daerah Yan yang kini dalam proses pembinaan.

Perdana menteri dalam ucapan ringkasnya berkata beliau tidak menyangka dengan kehadiran ramai penduduk untuk bersarapan dengannya pagi ini dan mengucapkan terima kasih terhadap kesudian mereka datang beramai-ramai.

 

“Selamat pagi Kedah! Pagi ini bersarapan di Pantai Murni, Yan, dengan para nelayan, dapat rasa pek nga, ikan termenung, ayaq nira. Alhamdulillah,” kata Najib di laman twitternya pagi ini.

“Saya berhasrat nak makan pagi dengan penduduk di sini, yakni dengan para nelayan di sini tak sangka seramai ini dan penuh sesak,” katanya.

Beliau berkata peruntukan sebanyak RM18 juta diluluskan untuk membina Masjid Terapung Daerah Yan yang merupakan hampir sama taraf dengan masjid negeri.

“…sebelum datang pun saya bagi macam-macam termasuk satu projek Masjid Terapung sedang dibina yang mana cerucuk sedang ditanam, rupa bentuk cukup menarik antara teristimewa…Parlimen Pekan pun tidak ada Masjid Terapung ini…Parlimen Jerai ada,” katanya.

Antara hidangan yang dihidangkan kepada perdana menteri itu adalah peknga bersama gulai ikan termenung, air nira, roti jala, pulut ikan masin dan nasi lemak.

Najib memakan juadah peknga bersama gulai ikan termenung dan air nira yang disifatkan oleh Najib sebagai air nira terbaik di Malaysia.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans