PM Najib Rasmi Perumahan Rakyat 1Malaysia – Channel W

PM Najib Rasmi Perumahan Rakyat 1Malaysia

TELUK INTAN – Pengerusi Barisan nasional ( BN ), Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini merasmikan majlis pecah tanah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Teluk Intan membabitkan pembinaan 957 unit kediaman di Batu 4, Jalan Changkat Jong di sini.

Projek berkenaan bernilai  RM232 juta dan dijangka memenuhi permintaan khusus bagi penduduk Teluk Intan yang berpendapatan sederhana (M40).

Bagi fasa pertama terdiri daripada 523 unit rumah satu tingkat dengan harga tidak lebih daripada RM200,000 seunit.

Rumah yang dibina setingkat dan dua tingkat berharga antara RM185,000 dan RM250,000 itu dijadual siap menjelang tahun 2020.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans