PM Najib Ucap Tahniah Kepada Juara Hafazan Al-quran Universiti – Channel W

PM Najib Ucap Tahniah Kepada Juara Hafazan Al-quran Universiti

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Muhammad Syazani Jemy, yang menjuarai kategori hafazan 30 Juzuk Pertandingan Hafazan Al-Quran Peringkat Universiti Seluruh Malaysia semalam.

“Tahniah saudara Muhammad Syazani Jemy, pelajar @OfficialIIUM (UIAM) berjaya rangkul johan kategori hafazan 30 Juzuk Pertandingan Hafazan Al-Quran Peringkat Universiti Seluruh Malaysia! Alhamdulillah, dapat tajaan Haji oleh Kerajaan Arab Saudi, moga nanti beroleh Haji mabrur,” kata beliau menerusi laman Twitter hari ini.

 

Penuntut Tahun Satu Fakulti Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan UIAM itu menjadi johan selepas menewaskan empat peserta lain pada pusingan akhir di kampus universiti berkenaan di Gombak.

Muhammad Syazani, 20, membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 serta pakej mengerjakan haji.

-Bernama

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans