PM pastikan semua wakil rakyat PH isyhtihar aset dan harta – Channel W

PM pastikan semua wakil rakyat PH isyhtihar aset dan harta

Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad akan mempastikan pimpinan Pakatan Harapan akan mengisytiharkan segala aset dan harta mereka dalam masa terekat kepad Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – SPRM.

Katanya setakat ini belum ada seorang pun pemimpin di bawah pimpinannya telah melakukan perkara tersebut. “Tiada mana-mana Ahli Parlimen yang buat (pengisytiharan harta kepada SPRM),” katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPRM hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri ke SPRM bagi mendengar sesi taklimat Governans, Integriti dan Antirasuah, di ibu pejabat SPRM.

Sejumlah 160 ahli Parlimen PH hadir dengan diketuai Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan barisan Kabinet.

Ditanya samada usaha beliau untuk memerangi rasuah dalam kalangan Ahli Parlimen PH sudah berjaya atau tidak, jawab Dr Mahathir ia akan berjaya sekiranya tiada sabitan kes rasuah dalam barisan pakatan itu pada masa akan datang. “Saya tidak boleh tahu perkara itu selagi mana saya tidak jumpa kes rasuah dalam  kalangan pemimpin saya. Kalau ada maknanya usaha saya akan sia-sia,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu turut berkata, kerajaan tidak menetapkan tarikh kepada semua Ahli Parlimen dan pemimpinnya untuk berbuat isytiharkan harta mereka.

Namun beliau akan pastikan ianya berlaku dalam masa terdekat.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans