Perdana Menteri berkata, kemenangan pasangan atlet negara dalam acara sukan berprestij itu menjadi kebanggaan negara kerana berjaya mengukir nama Malaysia dalam persada sukan berkenaan.

PM ucap tahniah melalui laman rasmi Twitter
“Tahniah @Pandelela_R & @cheongjunhoong cipta sejarah bawa pulang Emas dalam Diving World Series di Montreal, kali pertama Malaysia menang dalam acara berprestij ini. Hebat!,” katanya dalam Twitter beliau, hari ini.
Dalam kejohanan dunia itu, Pandelela dan Jun Hoong berjaya menewaskan pasangan dari Korea Utara, Kim Mi-Rae-Kim Kuk-Hyang yang membawa pulang pingat perak dan pasangan dari China, Si Yajie-Lin Shan pula meraih gangsa.
You must be logged in to post a comment Login