PM ucap tahniah skuad bola sepak – Channel W

PM ucap tahniah skuad bola sepak

Kemenangan sensasi pasukan bola sepak lelaki Bawah 23 tahun Malaysia ke atas pasukan pilihan Korea Selatan di Sukan Asia 2018 malam tadi menarik perhatian Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau menerusi laman Twitternya Sabtu mengucapkan tahniah atas kejayaan membanggakan dilakar pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang menewaskan Korea Selatan 2-1.

“Tahniah kepada skuad bola sepak negara ke Sukan Asia atas kemenangan. Malaysia Boleh!,” katanya yang kini berada di China bagi lawatan rasmi lima hari di sana.

Dalam aksi Kumpulan E di Stadium Si Jalak Harupat, Malaysia nyata tidak gentar berhadapan pasukan memiliki reputasi tinggi itu apabila mendahului pada minit keempat, hasil jaringan Muhammad Safawi Rasid, dan sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-45.

Penjaga gol skuad Bawah 23 tahun Malaysia, Muhammad Haziq Nadzli kebal mempertahankan gawang sebelum akhirnya dibolosi pasukan Korea Selatan pada minit ke-87 melalui jaringan Hwang Ui Jo.

Menerusi kemenangan itu, skuad muda Malaysia kini mendahului Kumpulan E dengan mengumpul enam mata, sekali gus layak ke pusingan kedua.

Malaysia dijadual bertemu Bahrain pada perlawanan terakhir kumpulan, Isnin ini.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans