PM Umum Peruntukan RM290 Juta Projek Tebatan Banjir di Melaka – Channel W

PM Umum Peruntukan RM290 Juta Projek Tebatan Banjir di Melaka

JASIN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan peruntukan RM290 juta untuk melaksanakan empat projek tebatan banjir di Melaka tahun ini.

Beliau berkata empat projek tersebut ialah di Jasin melibatkan kos RM60 juta, Merlimau RM36 juta, Sungai Duyung RM164 juta dan di Kampung Gajah RM30 juta.

Projek tebatan banjir di Jasin, Merlimau dan Sungai Duyung kini berada dalam fasa reka bentuk manakala di Kampung Gajah pula masih dalam peringkat pertama perancangan, katanya ketika berucap pada majlis pengisytiharan Sungai Rambai sebagai Daerah Kecil, di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Sungai Rambai dekat sini hari ini.

‘Kita juga akan tambah lampu jalan kampung di 194 kampung, memanfaatkan 58,200 penduduk,’ kata Najib di laman twitter beliau.

 

Pada majlis itu, Najib beramah mesra dengan penduduk setempat dan melakukan tinjauan mesra di RTC Sungai Rambai.

Turut hadir pada majlis itu isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron dan barisan Exco kerajaan negeri.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans