PM Ziarah Keluarga Mendiang Chow Chee Keong – Channel W

PM Ziarah Keluarga Mendiang Chow Chee Keong

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarahi keluarga bekas penjaga gol kebangsaan, mendiang Chow Chee Keong di Nirvana Memorial Centre, di Jalan Sungai Besi, di sini.

“Ziarah keluarga mendiang Chow Chee Keong pagi tadi, sampaikan takziah kepada mereka. He was the greatest goalkeeper Malaysia ever had (Beliau penjaga gol paling hebat yang pernah dihasilkan Malaysia),” katanya menerusi laman Twitternya hari ini.

Menerusi laman Twitter itu juga, Najib turut memuat naik catatan beliau di buku ziarah: “We (Malaysia) will miss him greatest goalkeeper we ever had. (Kami (Malaysia) akan merasai kehilangan penjaga gol paling hebat yang kami ada).

Chee Keong, 69, penjaga gol terbaik negara, meninggal dunia pada Rabu lepas akibat kanser pundi kencing di Pusat Perubatan Universiti Malaya selepas melalui pembedahan pintasan jantung pada 17 Jan.

Beliau pernah dipilih sebagai pemain terbaik oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) lima kali berturut-turut antara tahun 1966 dan 1970, dan kemudiannya menempa nama sebagai pemain profesional di Hong Kong.

Jenazah Chee Keong akan disemadikan di Nirvana Crematorium Shah Alam pada Ahad ini.

Sementara itu, anak mendiang Chee Keong, Andrian Chow ketika dihubungi Bernama berkata, Najib meluangkan masa kira-kira 30 minit bertanyakan khabar anggota keluarga dan berhubung kesihatan mendiang bapanya.

Perdana Menteri hadir menziarah kami sekeluarga pagi ini. Beliau bertanyakan mengenai kesihatan mendiang bapa saya sebelum meninggal dunia.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada kami sekeluarga, katanya.

— BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans