Pocket Rocketman Lakar Rekod Asia Acara Pecut – Channel W

Pocket Rocketman Lakar Rekod Asia Acara Pecut

NILAI – Jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang mencipta rekod baharu Asia dalam acara pecut elit lelaki setelah mencatat kepantasan 9.774 saat sewaktu pusingan kelayakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2018 di sini, pada ahad lalu.

Pada perlumbaan di Velodrom Nasional di sini, emas seakan berpihak kepada Amar selepas beliau mempamerkan kayuhan menakjubkan untuk mencatat kepantasan 1:03.375 saat.

Bagaimanapun, catatan masanya itu dipintas pelumba Thailand, Wachirawit Saenkhamwong dengan hanya masa 0.338s untuk meraih pingat emas sekali gus menghampakan penyokong negara yang hadir bagi menyaksikan kejutan dicipta pelumba negara itu.

Bercakap kepada pemberita selepas perlumbaan tersebut, Amar ,yang membuat penampilan pertamanya dalam acara itu, berkata beliau tetap berpuas hati dengan keputusan tersebut meskipun terlepas peluang dari mencipta kejutan di laman sendiri.

Menurut pelumba berasal dari Mersing tersebut pada pusingan akhir, beliau cuma hanya mahu lakukan yang terbaik tetapi tidak menyangka mampu mencipta satu kejutan sekali gus meraih pingat.

Pingat gangsa acara itu menjadi milik pelumba Kazakhstan, Viktor Golov dengan kepantasan 1:03.873s.

Dalam pada itu, hasrat Malaysia untuk menambah koleksi pingat menerusi acara yang sama bagi kategori lelaki elit musnah selepas Muhammad Fadhil Mohd Zonis sekadar menduduki tempat keempat dengan catatan 1:02.507s pada perlumbaan akhir.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans