Polis nafi ada serbuan ke kondominium milik ahli keluarga Bekas PM – Channel W

Polis nafi ada serbuan ke kondominium milik ahli keluarga Bekas PM

Polis menafikan laporan sebuah agensi berita antarabangsa ada serbuan dilakukan ke sebuah kondominium mewah di ibu negara didakwa milik ahli keluarga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mazlan Lazim memaklumkan,  polis hanya hadir untuk memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan rakam percakapan polis bantuan di kondominium berkenaan.

“Kita ada menerima laporan polis oleh ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia di Balai Polis Dang Wangi berkenaan pergerakan mencurigakan beberapa individu yang cuba melarikan barangan bernilai lebih RM200, 000 milik isteri kepada bekas Perdana Menteri dari kondominium berkenaan.

“Susulan laporan itu, kita pergi ke lokasi untuk melakukan proses siasatan dan bukannya melakukan serbuan seperti yang didakwa agensi berita berkenaan,” terangnya kepada Channel W.

Menurut Mazlan, apa yang dilaporkan agensi berita berkenaan mengenai kehadiran 20 anggota polis yang melakukan serbuan adalah satu laporan palsu.

 

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans