Polis Tawau Bersedia Hadapi PRU14 – Channel W

Polis Tawau Bersedia Hadapi PRU14

TAWAU – Anggota polis di daerah ini sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) yang bakal berlangsung pada bila-bila masa, kata Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus.

Beliau berkata semua anggota termasuk sokongan dan pasukan sukarelawan telah bersiap sedia 100 peratus untuk dikerahkan semasa pilihan raya nanti bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Selaras saranan Ketua Polis Negera, kita masih dalam usaha mempertingkat kecekapan dan persediaan sebagai pasukan penguat kuasa terulung dalam menghadapi pilihan raya nanti,” katanya selepas menyaksikan Persembahan Tarian Singa Sempena Tahun Baharu Cina 2018 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau di sini, hari ini.

Fadil berkata pihaknya kini sedang mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kawasan yang dijangka menjadi tumpuan utama semasa PRU14.

Sementara itu, mengulas mengenai tiga lelaki bersenjata yang ditembak mati polis di kawasan ladang di Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau baru-baru ini, Fadil berkata siasatan lanjut masih dijalankan bersama pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

“Masih dalam siasatan dan kita sangat agresif dengan bantuan bersama ESSCom dan kalau ada perkembangan terbaharu Komander ESSCom akan berkongsi dengan pihak media,” katanya.

– BERNAMA

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans