Polis Tumpas Kumpulan Curi Kenderaan Di Kelantan Dan Terengganu – Channel W

Polis Tumpas Kumpulan Curi Kenderaan Di Kelantan Dan Terengganu

TANAH MERAH – Polis menumpaskan satu kumpulan yang aktif dalam kegiatan mencuri kenderaan sejak tahun lepas dengan tangkapan lima lelaki dalam Ops Lejang selama seminggu bermula Khamis lepas di jajahan itu.

Ketua Polis Tanah Merah DSP Suzami Mohammed berkata siasatan terhadap suspek yang berusia 30 hinggu 50 tahun itu berjaya menemukan semula lapan kereta Perodua Kancil yang dipercayai dicuri kumpulan berkenaan.

“Modus operandi kumpulan ini, mereka menyasarkan kereta jenis Perodua Kancil kerana komponen kenderaan tersebut mendapat pemintaan tinggi di pasaran gelap,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Tanah Merah di sini, hari ini.

Beliau berkata kumpulan itu aktif mencuri kenderaan di negeri ini dan Terengganu.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans