PrimaValet Lancar Koleksi Raya Eksklusif 2018 – Channel W

PrimaValet Lancar Koleksi Raya Eksklusif 2018

KUALA LUMPUR – PrimaValet, hub fesyen terbesar di Malaysia telah melancarkan Koleksi Raya 2018 dalam satu acara gilang -gemilang yang berlangsung di Hotel The Majestic di sini malam tadi.

Seramai lebih 800 tetamu dihadiri tetamu-tetamu terhormat, selebriti, pelanggan tetap PrimaValet dan ramai lagi.

Bertemakan glam lebaran, PrimaValet melancarkan lebih 70 koleksi raya yang mempunyai sentuhan eksklusif dan mewah untuk digayakan di hari lebaran nanti.

PrimaValet juga memperkenalkan ‘Stars Of PrimaValet’ iaitu barisan duta 2018 yang terdiri daripada selebriti-selebriti terkenal seperti, Zul Ariffin, Alif Satar, Amar Bharin, Amyra Rosli dan anaknya Aqeef Anaqi, Asad Mowtah, Zukie, Siti Nordiana, Nabila Razali, Janna Nick, Farah Nabila, Atikah Suhaimie, Asyallie dan Shaheizy Sam.

Pelakon dan penyanyi, Alif Satar salah seorang duta PrimaValet, memakai baju melayu raya eksklusif PrimaValet.

Koleksi PrimaValet Raya 2018 memberikan impak yang lebih maksima berbanding tahun sebelumnya, menampilkan elemen mewah, eksklusif, kontemporari namun ringkas dan sesuai serta mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat.

Antara koleksi baju kurung berasaskan fabrik saree memukau mata tetamu yang hadir.

Koleksi raya ini adalah himpunan terbaik dari Arjuna, Meylana, You Me And Hunny, Nur Aishah, Shasya Habib, Ezuwan Ismail dan sudah tentunya koleksi pertama dari PrimaValet sendiri iaitu PV Man, PV Woman dan PV Kids akan mula dijual di seluruh cawangan PrimaValet bermula pada 1 Mei ini sehingga 1 Ramadhan secara berperingkat-peringkat.

Selain itu, koleksi-koleksi  jenama seperti Syus Couture,Zoud, Kukubesi dan Buranku.co akan turut berada di semua cawangan PrimaValet sempena hari raya nanti.

Menurut Pengarah Urusan PrimaValet, Dr. Arshad, PrimaValet menyediakan koleksi kanak-kanak sehingga dewasa dan pakej sedondon bagi mereka yang sukakan konsep sedondon di pagi Syawal.

Mencapai usia genap setahun, PrimaValet terus unggul dalam melebarkan sayapnya untuk menjadi hub fesyen pakaian muslimah dan kontemporari tanah air.

Selain mempunyai cawangan terbesarnya di Ostia Bangi, PrimaValet turut mempunyai cawangan di Senawang, Negeri Sembilan, dan di Kota Bharu dan bakal membuka cawangan baru di Wangsa 118,Wangsa Maju Kuala Lumpur pada 5 Mei ini.

Bagi pelanggan yang berminat boleh terus mendapatkan koleksi raya ini di cawangan, juga online di www.primavalet.com atau melalui ejen dan personal shopper rasmi PrimaValet.

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans