PRK Port Dickson : Hari Penamaan 29 September, Hari Mengundi13 Oktober – Channel W

PRK Port Dickson : Hari Penamaan 29 September, Hari Mengundi13 Oktober

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P132 Port Dickson diadakan pada 13 Oktober depan.

Sementara hari penamaan calon pada 29 September dan mengundi awal pada 9 Oktober ini.

Ia diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Tan Sri Othman Mahmood dengan menjelaskan tempoh berkempen yang ditetapkan adalah 14 hari bermula pada hari penamaan calon sehingga jam 11.59 malam 12 Oktober.

“SPR menerima pandangan pelbagai pihak dan merasakan tempoh 14 hari adalah sesuai untuk berkempen,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, Khamis.

Katanya lagi, SPR bersetuju melantik Khairy Maamor sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan SPR akan menggunakan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi.

Seramai 1,403 petugas pilihan raya dilantik bagi melancarkan PRK itu dan 39 premis digunakan sebagai pusat mengundi membabitkan keseluruhan 171 saluran mengundi.

“Seramai 75,770 pemilih berdaftar layak mengundi, iaitu mengikut daftar pemilih sehingga suku kedua 2018 yang dikemas kini sehingga 11 September lalu,” katanya.

Othman berkata, kos mengendalikan PRK Parlimen Port Dickson berjumlah RM3.6 juta.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans