Program Jualan Sentuhan Rakyat Catat RM26.2 Juta Nilai Jualan – Channel W

Program Jualan Sentuhan Rakyat Catat RM26.2 Juta Nilai Jualan

KUALA LUMPUR – Siri Program Jualan Sentuhan Rakyat PJSR mencatatkan nilai jualan berjumlah RM26.2 juta sejak dilaksanakan dari 20 Jan hingga 26 Mac tahun ini di seluruh negara dengan jumlah pengunjung melebihi 2.5 juta orang, Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata sambutan bagi program itu amat menggalakkan dengan jumlah paling tinggi di Kelantan, Sabah dan Sarawak.

“Ini boleh dilihat melalui jualan PJSR di ketiga-tiga negeri itu, Kelantan sebanyak 66 siri PJSR dengan nilai jualan berjumlah RM5.4 juta, Sabah sebanyak 40 siri dengan nilai jualan RM3.8 juta dan Sarawak sebanyak 37 siri dengan nilai jualan RM1.93 juta.

“PJSR dianjurkan secara berkala mengikut tempat masing-masing dan bukan secara harian kerana melibatkan pelbagai faktor yang perlu diambil kira antaranya logistik, inventori, kos operasi, lokasi dan lain-lain,” katanya.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Abdullah Mat Yasim mengenai jumlah PJSR yang dilaksanakan serta pendapatan yang diperoleh.

Beliau berkata program berkenaan dilihat lebih signifikan, praktikal dan kos efektif sesuai dengan kehendak dan pola perbelanjaan masyarakat setempat yang cenderung berbelanja secara pukal mengikut keperluan mingguan atau bulanan.

Katanya, kementerian berkenaan akan mengenal pasti dan menggalakkan lebih banyak pemain industri seperti pasar raya besar, pemborong dan pengeluar untuk turut serta sebagai program tanggungjawab sosial korporat dengan menawarkan barangan pada harga lebih rendah daripada harga pasaran.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans