Program khas haji 1MDB terbatal – Channel W

Program khas haji 1MDB terbatal

Seramai 1200 orang individu yang menerima tawaran program haji Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terbatal serta merta.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mujahid Yusof berkata pembatalan tawaran itu berikutan sumber dana yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat dalam siasatan.

“Walaupun mereka nak bayar sendiri tapi oleh sebab ia bermula daripada Yayasan 1MDB yang sedang disiasat kerana ada kaitan dengan 1MDB, kita tidak akan teruskan.

“Kena ingat kuota yang diberi kepada Yayasan 1MDB itu pun kita ambil kuota orang lain, maka tidak adil jika kita nak teruskan,” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Rakyat, Isnin.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahli parlimen BN Pontian Datuk Ahmad Maslan yang memohon pertimbangan kerajaan memberi peluang kepada 1,200 individu yang menerima surat tawaran program haji 1MDB ke Tanah Suci, musim ini.

Mujahid berkata, progam khas itu turut dikatakan mempunyai kepentingan politik apabila pemilihan calon dikemukan oleh Ketua UMNO bahagian.

“Pada 2011, Yayasan 1MDB dibuka untuk imam dan bilal tetapi pada 2013, bilangan mereka diluaskan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang semakin bertambah bilangannya.

“Namun semua nama dikemukakan oleh ketua bahagian UMNO, maka jelas memang ada tujuan politik menggunakan Yayasan 1MDB,” katanya.

Kepada soalan tambahan Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abd Rahim supaya dipertimbangkan nasib 1,200 orang yang menerima tawaran itu, Mujahid menegaskan kuota berkenaan adalah ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

“Ketika itu, ia adalah kuota Pekan (Najib), itu sifat dia sebagai bekas Perdana Menteri tapi sekarang kerajaan baharu kena buat dasar baharu, bukan ambil daripada Perdana Menteri lalu,” katanya.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans