Program-program raya Aidilfitri 2018 di Channel W. – Channel W

Program-program raya Aidilfitri 2018 di Channel W.

Menjelang hari raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Channel W menyediakan pelbagai rancangan menarik untuk penonton Channel W.

Antara yang disediakan adalah program khas, Zakat Membawa Berkat.

Zakat telah ditunaikan? Mengapa kita diwajibkan mengeluarkan zakat? Kemanakah zakat disalurkan?

Daripada Jarir bin ‘Abdillah RA katanya : Aku telah mengaku  serta berjanji kepada Nabi SAW : Bahawa aku akan tetap mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat dan memberi nasihat yang baik kepada setiap orang Islam.

Ikuti laporan Khas Salam Lebaran.

 

Satu lagi program khas adalah LACE, TREND AIDILFITRI 2018, akan dimenemui anda.

Setiap kali raya menjelang pasti semua akan memikirkan apa trend terkini untuk raya tahun tersebut. Kebiasaan trend fesyen baju raya ditentukan melalui rekaan yang ada di pasaran butik terkenal tempatan.

Trend akan menjadi hit dan mendapat permintaan ramai pelanggan. Golongan muda terutamanya mahu nampak cantik dan up to date di pagi raya.

Aidilfitri 2017 menyaksikan trend peplum membanjiri pasaran hari raya, jadi apa pula trend untuk tahun 2018?

Ikuti laporan khas hari raya untuk mengetahui fesyen yang menjadi pilihan wanita lebaran kali ini.

KUEH VIRAL, hanya menggunakan 4 bahan sedia ada di dapur sahaja anda sudah boleh membuat biskut susu “utraman” viral yang sedap, gebu, rangup dan cair di mulut.

Resipi biskut raya yang mudah dan bentuknya yang unik pasti akan menarik minat seisi keluarga terutama anak-anak.

Jadi apakah biskut raya viral pada tahun 2018 ini? Ikuti kupasan lanjut biskut ultraman, biskut raya viral yang akan disiarkan pada Hari Raya Ketiga Eksklusif untuk Anda Hanya Di Channel W.

Dalam keriangan kita menyambut aidilfitri,  jangan dilupakan insan yang tidak berkemampuan dan memerlukan di luar sana.

Masih ramai insan tidak bernasib baik menghadapi pelbagai ujian hidup termasuklah dari segi masalah kemiskinan, penyakit kronik, penderaan hinggalah sengsara ibu tunggal sememangnya menginsafkan.

Oleh itu,sebagai insan yang bernasib baik,mari kita sama-sama membantu mereka meringankan beban yang dihadapi serta mensyukuri nikmat yang diberikan oleh ALLAH S.W.T.

Kerana tangan yang menghulur itu lebih baik daripada yang menerima. Semarakkan aidilfitri anda dengan menonton laporan khas Raya “Rantaian Kasih Syawal” di saluran 634 Channel W.

Saksikan semuanya di Channel W, rangkaian kegemaran anda sekeluarga.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans