Projek Infrastruktur di Pahang Tarik Ramai Pelabur Asing & Tempatan – Channel W

Projek Infrastruktur di Pahang Tarik Ramai Pelabur Asing & Tempatan

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan, Pengembangan Pelabuhan Kuantan serta Taman Perindustrian Logistik dan Minyak dan Gas Tanjong Agas, menjadikan Pahang lebih optimis terhadap usaha untuk menarik pelaburan asing dan tempatan ke negeri Pahang.

Pengarah Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman berkata projek tersebut menjadi pendorong untuk menarik lebih banyak pelaburan yang berkualiti ke Pahang, terutamanya dalam sektor yang disasarkan.

Arham berkata projek tersebut bukan sahaja mengukuhkan ekosistem komprehensif negeri, tetapi turut meningkatkan kecekapan pengeluaran dan logistik, mengurangkan kos menjalankan perniagaan dan menyokong aliran perdagangan dan pelaburan yang lebih besar ke negeri ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Arham memaklumkan projek tersebut akan meningkatkan lagi pertumbuhan ekonomi Pahang dan mewujudkan pekerjaan yang bernilai tinggi untuk rakyatnya.

Dengan banyak ruang untuk pelaburan baharu, pengembangan dan kepelbagaian, MIDA berharap lebih banyak syarikat akan mengambil peluang daripada ekosistem yang kukuh dan kemudahan yang ditawarkan oleh Pahang.

Sehingga September 2017, sebanyak 698 projek pembuatan telah diluluskan di Pahang dengan pelaburan bernilai RM43.1 bilion, iaitu 56 peratus atau RM24 bilion daripada sumber asing dan baki, domestik.

Projek tersebut telah mewujudkan lebih 90,000 pekerjaan, termasuk produk petroleum, logam asas, produk kimia dan kimia serta produk elektronik dan elektrik.

Jelas beliau, kebanyakan kejayaan ini merupakan hasil langsung daripada hubungan kerja yang erat antara kerajaan persekutuan dan negeri untuk membangunkan dan meningkatkan kedudukan Pahang di negara ini.

Arham berkata usaha, terutamanya dalam melaksanakan projek berimpak tinggi dan infrastruktur awam, sedang dijalankan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans