Proses pemilihan PKR bermula hari ini – Channel W

Proses pemilihan PKR bermula hari ini

Proses memilih kepemimpinan PKR bermula hari ini dengan 76 jawatan dipertandingkan di peringkat pusat dan 10,212 jawatan lagi membabitkan persaingan di peringkat cabang seluruh Malaysia.

Pemilihan kali ini mencatatkan sejarah tersendiri kerana ia pertama kali diadakan selepas PKR membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan (PH).

Dijalankan secara berperingkat-peringkat, pemilihan kali ini menyaksikan Kedah dan Pulau Pinang sebagai pembuka gelanggang yang mana seramai 105,056 anggota PKR akan mengundi kepemimpinan masing-masing selain memilih Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

Pemilihan yang berlangsung empat tahun sekali itu menyaksikan pengundian di Kedah membabitkan seramai 49,924 ahli PKR yang layak daripada 15 cabang parti manakala 55,132 anggota akan mengundi di 13 cabang di Pulau Pinang.

Ahli parti akan memilih jawatan MPP iaitu timbalan presiden, naib presiden, ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat, ketua Wanita pusat dan ahli majlis pimpinan pusat.

Bagi pemilihan peringkat cabang, ahli PKR akan memilih ketua cabang, timbalan ketua cabang, naib ketua cabang dan 15 ahli jawatankuasa cabang, selain ketua AMK cabang, timbalan ketua AMK cabang, naib ketua AMK cabang dan 15 ahli jawatankuasa AMK cabang.

Selain itu turut dipilih ialah ketua Wanita cabang, timbalan ketua Wanita cabang, naib ketua Wanita cabang dan tujuh ahli jawatankuasa Wanita cabang.

Pemilihan parti kali ini juga mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya dilaksanakan menggunakan sistem e-undi (undi secara digital) serta mengguna pakai konsep ‘satu ahli satu undi’ dengan 80,000 anggotanya layak mengundi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din, berkata pengundian itu akan bermula 9 pagi dan berakhir pada 5 petang.

“Kita jangkakan keputusan awal boleh diketahui seawal jam 6 petang dan akan dipaparkan di pusat tempat mengundi setiap cabang dan dari masa ke semasa kita akan memaparkan maklumat terkini keputusan MPP di portal www.pemilihankeadilan2018.com,” katanya dipetik media.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans