PRU14: 5,854 anggota PDRM tunaikan undi pos – Channel W

PRU14: 5,854 anggota PDRM tunaikan undi pos

 

5,854 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia –PDRM  terlibat dalam proses undi pos PRU14 hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,796 orang mengundi di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman kira-kira pukul 8 pagi ini.

Menurutnya, 4,058 orang lagi mengundi di 14 kontinjen seluruh negara.

“Undi pos berjalan hari ini dan esok. Selain di Bukit Aman, kita juga membuka pusat undi di Pusat Latihan Polis di Jalan Semarak.

Selain PDRM, golongan yang layak mengundi secara pos adalah petugas pilihan raya, tentera, pengamal media serta kakitangan sembilan agensi dan jabatan kerajaan yang tidak boleh keluar mengundi pada pengundian awal 5 Mei ini.

Selain itu, kakitangan sembilan agensi dan jabatan kerajaan, iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Penjara, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Kementerian Kesihatan (yang bekerja di hospital dan klinik kerajaan) dan polis bantuan.

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Imigresen, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), dan Jabatan Pendaftaran Negara (kakitangan di Pusat Transformasi Bandar).

SPR melaporkan berkata kira-kira 12,000 pengundi luar negara dan 299,000 pengundi pos di Malaysia.

Seramai 14,940,624 orang berdaftar sebagai pengundi, membabitkan 14,636,716 pemilih biasa; pemilih awal yang terdiri daripada tentera dan pasangan serta polis (300,255 orang) serta pengundi tidak hadir luar negara seramai 3,653 orang.

Proses pengundian pos PDRM itu dikongsi menerusi laman Facebook PDRM.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans