PRU14: 9 Mei Cuti Peristiwa Khas Sekolah – Mahdzir – Channel W

PRU14: 9 Mei Cuti Peristiwa Khas Sekolah – Mahdzir

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, mengumumkan cuti peristiwa khas pada 9 Mei bagi semua sekolah seluruh negara sempena hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Mahdzir Khalid, berkata ini berikutan tarikh pengundian berlangsung pada hari persekolahan, iaitu Rabu.

Beliau berkata, sebanyak 6,941 daripada 10,180 Sekolah Harian, Kementerian Pendidikan di seluruh negara menjadi pusat pengundian dalam PRU-14.

Mahdzir menjelaskan walaupun hanya 6,941 sekolah menjadi pusat pengundian dalam PRU-14, namun cuti peristiwa khas diberikan kepada semua sekolah harian di bawah Kementerian Pendidikan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah Malaysia ke -57, di sini hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 9 Mei sebagai hari pengundian bagi PRU-14.

SPR turut mengumumkan tarikh penamaan calon pada 28 April manakala tarikh pengundian awal ditetapkan pada 5 Mei

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans