PRU14: AirAsia Tawar Tambang Khas Untuk Rakyat Pulang Mengundi – Channel W

PRU14: AirAsia Tawar Tambang Khas Untuk Rakyat Pulang Mengundi

Berita baik buat rakyat Malaysia pulang mengundi di Sabah dan Sarawak 9 Mei ini.

Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia menawarkan tambang khas untuk penerbangan ke Sabah dan Sarawak untuk tempahan pada 8, 9 & 10 Mei ini bagi memudahkan rakyat Malaysia melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia Bhd dan CEO Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes dalam catatan di Twitternya berkata, tambang untuk penerbangan dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru ke Sarawak akan ditetapkan pada RM120 sehala manakala ke Sabah pada RM199 sehala.

Manakala, tiket penerbangan ke barat Semenanjung akan ditawarkan pada harga serendah RM99 sehala.

Beliau turut mengumumkan akan mengguna pakai pesawat lebih besar milik AirAsia X, jenis A330 untuk penerbangan ke Sabah dan Sarawak pada tarikh tersebut bagi menampung permintaan tinggi daripada pelanggan.

Tambah Tony, AirAsia akan turut membekukan tambang bagi baki tempat duduk yang masih belum terjual setakat ini bagi penerbangan-penerbangan tempoh tersebut dan menyelaraskannya pada satu tambang serta menambah bilangan kerusi.

Disebabkan permintaan yang tinggi, tempahan dengan tambang khas ini boleh dibuat bermula malam ini berbanding seperti yang diumumkan Tony pada Isnin 16 April 2018.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans