PRU14: cubaan guna Mykad palsu untuk mengundi di Sabah – Channel W

PRU14: cubaan guna Mykad palsu untuk mengundi di Sabah

Polis Sabah menerima enam laporan polis berhubung kes penyalahgunaan kad pengenalan orang lain untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang berlangsung, sejak jam 8.00 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, ia diklasifikasikan kes berunsurkan penipuan membabitkan  Tawau  dan Papar dua kes manakala Semporna dan Kudat masing-masing satu.

“Kes penipuan ini terbongkar selepas beberapa mangsa yang datang untuk mengundi tetapi dimaklumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertugas bahawa kad pengenalan atas nama mereka telah pun melaksanakan proses mengundi,” katanya ketika ditemui selepas melawat pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung.

Tambah Ramli, polis sedang menjalankan siasatan lanjut. Dan kes disiasat mengikut Seksyen 3(1)(L) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans