PRU14: Ekonomi terjejas jika pembangkang menang pilihan raya – Channel W

PRU14: Ekonomi terjejas jika pembangkang menang pilihan raya

Ekonomi Malaysia diramal paling terjejas jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 yang dijadual berlangsung pada Rabu depan.

Ini kerana Pakatan Harapan dijangka menghentikan beberapa projek pembangunan mega, sekaligus memberi kesan kepada ekonomi negara yang dirancangkan oleh Kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.

Berikut adalah kenyataan penuh oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat bagi Penyelidikan, Penasihat & Teknologi (CREATE), Ng Yeen Seen.

CREATE adalah pusat penyelidikan yang memberi tumpuan kepada pasaran Asia yang berkembang dengan menyediakan perkhidmatan dasar, strategi, perundingan, hubungan pemegang kepentingan, digital dan komunikasi.

Jika Pembangkang menang, ECRL, TRX, Country Garden dan semua projek China akan dihentikan dan Malaysia akan diketepikan dari inisiatif OBOR (Satu Laluan, Satu Jalan).

Selain itu negara China akan membeli lebih banyak minyak sawit dari Indonesia dan tidak dari Malaysia.

Projek Terusan Segenting Kara sepanjang 30 km yang dibiayai oleh China untuk menghubungkan Laut China Selatan dengan Teluk Thailand dipercepatkan dan ditingkatkan. Sebuah hab pelabuhan super bakal dibina supaya kapal tidak perlu lagi melalui Pelabuhan Klang.

Masalah industri sawit Malaysia selepas diboikot oleh Kesatuan Eropah akan bertambah buruk akibat diboikot oleh China.

Industri perkapalan kita terutama Pelabuhan Barat dan Tanjung Pelepas akan terjejas dan ramai rakyat Malaysia akan hilang pekerjaan.

Perkapalan, logistik dan juga pembuatan akan mengalami kemerosotan kerana Malaysia yang terletak di kedudukan strategik antara laluan Laluan Timur dan Barat melalui Selat Melaka akan kehilangan kepentingannya.

Ia menyediakan kos lebih murah bagi pengilang untuk berpindah ke Thailand. Industri 4.0 juga akan mengalami kesan buruk, termasuk Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).

GST akan dihapuskan dan kerajaan akan kehilangan sejumlah besar pendapatan.

Memikirkan semua perkara ini apa nasib rakyat Malaysia jika berada di bawah pentadbiran pembangkang?

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans