PRU14: Figura Utama Parti Politik Intai Peluang Kekalkan Kerusi Disandang – Channel W

PRU14: Figura Utama Parti Politik Intai Peluang Kekalkan Kerusi Disandang

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 hari ini yang berakhir pada 10 pagi di seluruh negara menyaksikan figura utama dan penting dalam arena politik tanah air selesai menyerahkan borang pencalonan mereka.

Sumber Foto – Twitter @NajibRazak

Barisan Nasional (BN) menyaksikan Pengerusinya Datuk Seri Najib Razak cuba mempertahankan kubunya di Parlimen Pekan yang dipegang sejak 1976 manakala Timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pula menyerahkan kertas pencalonan bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk yang disandang sejak 1995.

Sumber Foto – Twitter @Zahid_Hamidi

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai di Parlimen Bentong, Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam di Parlimen Segamat dan Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong di Parlimen Teluk Intan.

Sumber Foto – Twitter @chedetofficial

Pemimpin parti pembangkang seperti Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan kertas pencalonan untuk Parlimen Langkawi, Presiden PKR Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen Pandan, Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di Parlimen Gombak dan Dun Bukit Antarabangsa, manakala Naib Presidennya Nurul Izzah Anwar di Parlimen Permatang Pauh.

Sumber Foto – Twitter @drwanazizah

Penasihat DAP Lim Kit Siang turut cuba mengekalkan kerusi Parlimen Iskandar Puteri (dahulu dikenali Gelang Patah) yang disandangnya, selain Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen Pagoh, manakala Presiden Amanah Mohamad Sabu mencuba nasib di Parlimen Kota Raja.

Sumber Foto – Twitter @limkitsiang

Kem PAS juga tidak kurang menarik apabila Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga mahu mengekalkan kedudukannya di kerusi Parlimen Marang manakala Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin ingin bertanding mewakili parti itu di Parlimen Arau.

Sumber Foto – Facebook @abdulhadiawang

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans