PRU14: Hari Mengundi 9 Mei, Penamaan Calon 28 April – Channel W

PRU14: Hari Mengundi 9 Mei, Penamaan Calon 28 April

PUTRAJAYA – Hari pengundian bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ditetapkan pada 9 Mei.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),Tan Sri Mohd Hashim Abdullah ketika mengumumkan perkara itu berkata tarikh penamaan calon ditetapkan pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari bermula dari tarikh penamaan calon sehingga 11.59 malam 8 Mei.

Beliau mengumumkan tarikh-tarikh penting PRU14 pada sidang akhbar khas yang turut disiarkan secara langsung di RTM, di ibu pejabat SPR di sini hari ini.

Menurutnya lagi, SPR menetapkan writ pilihan raya dikeluarkan 11 April.

Pada PRU13 yang lepas, tempoh berkempen yang ditetapkan ialah selama 15 hari.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans