PRU14: Manifesto BN Kelantan Tidak Pernah Pinggirkan Soal Agama – Channel W

PRU14: Manifesto BN Kelantan Tidak Pernah Pinggirkan Soal Agama

KOTA BHARU – Manifesto Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 menggariskan tujuh teras utama dengan 60 tawaran kepada semua lapisan rakyat.

Bertemakan ‘Bersama Demi Kelantan’, teras itu adalah memartabatkan syariat dan syiar Islam, membangunkan ekonomi mapan, mengutamakan kebajikan rakyat, memperkasa belia, menambah baik infrastruktur, melestarikan alam sekitar dan membela kaum minoriti.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, mengumumkan manifesto itu di hadapan kira-kira 20,000 jentera dan penyokong parti di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, Kota Bharu malam tadi.

Memartabatkan syariat dan syiar Islam sebagai teras utama dengan mengemukakan lapan tawaran menyaksikan BN Kelantan tidak pernah meminggirkan soal agama.

Menerusi teras berkenaan, tawaran yang dikemukakan adalah menubuhkan Universiti al-Quran, mewujudkan lebih banyak sekolah tahfiz, mentransformasikan peranan masjid, memperkasakan Yayasan Islam Kelantan (YIK) serta meningkatkan kebajikan guru YIK.

Selain itu, BN akan menaik taraf masjid jajahan, mengembalikan kegemilangan Kelantan sebagai Pusat Keilmuan Tradisi Islam, menaik taraf masjid jajahan, menambahkan elaun imam, bilal, guru takmir dan siak serta melaksanakan program dakwah yang berkesan.

Manifesto turut memberi penekanan terhadap pekerjaan rakyat dengan mewujudkan 50,000 peluang pekerjaan baharu dan keusahawanan, khususnya untuk belia.

Tawaran lain ialah membina 20,000 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) serta rumah baharu bagi generasi kedua FELDA dan KESEDAR di seluruh negeri.

Belia antara yang diberi penekanan dalam manifesto itu apabila lima tawaran disediakan termasuk pemberian geran tahunan kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan persatuan bola sepak daerah serta pembinaan stadium dan kompleks sukan negeri di Machang.

Selain itu, BN Kelantan akan mewujudkan kompleks sukan mini di setiap jajahan dan membina litar lumba untuk manfaat golongan muda.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans