PRU14: Menjelang Hari Mengundi di Selangor – Channel W

PRU14: Menjelang Hari Mengundi di Selangor

Pecutan terakhir sebelum menjelang hari mengundi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) esok dimulakan sejak 7 pagi tadi lagi oleh kebanyakan calon ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Masing-masing dilihat mempersiapkan jentera untuk persiapan terakhir dengan mengibarkan bendera, konvoi beramai-ramai dengan menaiki kereta pacuan 4 roda, ada juga yang masih menyebarkan risalah manifesto kepada penduduk dengan harapan rakyat memberi peluang dan mandat kepada setiap calon yang bertanding, tidak kira BN, PKR, PAS, parti lain mahupun bebas.

Masing-masing dengan strategi tersendiri, malah ada calon yang sempat turun padang membantu rakyat yang rumahnya terbakar siang tadi di Taman Melawati, dikira inilah peluang yang boleh digunakan untuk mendekati rakyat sebelum hari mengundi sekaligus memperoleh habuan pada 9 Mei nanti.

Bagi calon payung terjun di sesetengah kawasan, ia mengharapkan keajaiban mampu berlaku dimana rakyat memilihnya sebagai calon, namun ia memerlukan usaha yang berlipat kali ganda dalam beberapa hari sahaja tempoh berkempen berbanding calon tempatan di kawasan itu sendiri,dijangka telah memulakan gerak kerja lebih awal lagi.

Bagaimanapun keajaiban itu mampu berlaku jika rakyat mulai menolak calon yang sebelum ini hanya menabur janji manis dan membuang najis di sestengah parlimen dan DUN, tetapi masih lagi tidak sedar diri dan berani bertanding di kawasan yang sama.

Antaranya, parlimen Sepang yang mempertaruhkan Hanipa Maidin dan Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Permainan politik PRU14 di parlimen lain juga berbeza, apabila najis ditaburkan oleh calon dahulu di kawasan lain, namun kini menjadi calon nomad iaitu berpindah pula ke kawasan lain.

Antaranya Ketua Pembangkang sendiri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dahulunya bertanding di Permatang Pauh kini di Pandan dengan pertembungan lima penjuru.

Ini yang berlaku pada kebanyakan calon PKR khususnya, namun adakah ia memberi impak kepada BN dan PAS atau rakyat mulai sedar dengan tindakan pemimpin tertinggi pembangkang yang langsung tidak konsisten?

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans