PRU14: PH sengaja atau sebaliknya? – PAS – Channel W

PRU14: PH sengaja atau sebaliknya? – PAS

Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan mempersoalkan tindakan calon PH yang gagal menjadi calon menentang BN di DUN Rantau sekaligus memberi kemenangan kepada Datuk Seri Mohamad Hassan.
Kenyataan itu menyebut, PAS sebelum ini dituduh dengan pelbagai fitnah oleh PH kononnya mahu beri kemenangan dan penyebab kemenangan kepada UMNO, namun tuduhan itu meleset.
Perjalanan proses penamaan bagi calon PAS di Negeri Sembilan lancar, PAS menghantar 27 calon DUn dan 8 calon Parlimen.
Bagi Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, tidak membawa kad SPR untuk masuk ke kawasan bertanding adalah perkara asas.
” Samada secara sengaja atau tidak, itu bukan isunya kerana kad SPR adalah perkara paling ‘basic’ untuk setiap calon, wakil calon dan pencadang untuk membawanya. Malah ia sepatut tergantung di leher calon,” tegas kenyataan itu.
Dengan itu, calon BN Rantau, Dato’ Seri Mohammad Haji Hassan diisytihar menang tanpa bertanding. PAS dari awal-awal lagi tidak menyatakan untuk bertanding di kawasan itu, malah PAS mahu melihat kekuatan PH jika pertandingan satu lawan satu di situ.
Ternyata, PH mensia-siakan peluang selepas sebelum ini (semasa pembahagian kerusi) mereka berbaling kerusi di negeri ini kerana tidak puas hati dengan pembahagian.
Kami DPPN9 ingin menegaskan, PH tidak perlulah terus menerus “recycle” isu UG dan PAS bersama Umno kerana buktinya DUN Rantau, PH membiarkan BN menang percuma. Bagaimana mahu memerintah negeri ini jika perkara paling pokok pun PH tidak mampu selesaikan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans