PRU14: Polis Sudah Kenal Pasti Individu, Organisasi Berpotensi Lakukan SLMA – TPM – Channel W

PRU14: Polis Sudah Kenal Pasti Individu, Organisasi Berpotensi Lakukan SLMA – TPM

KUALA LUMPUR – Polis telah mengenal pasti individu dan organisasi yang berpotensi melakukan ‘serangan mengejut di saat akhir’ (SLMA) bertujuan menimbulkan kekecohan pada pilihan raya umum ke-14, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Timbalan perdana menteri berkata ini berlaku pada pilihan raya lalu dengan dakwaan palsu kononnya 40,000 warga Bangladesh dibawa masuk ke negara ini sebagai pengundi hantu pada PRU lalu.

Menjelang pilihan raya kali ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis mempunyai senarai individu dan organisasi tersebut serta isu-isu yang boleh dijadikan senjata untuk tujuan jahat itu.

“Saya tahu ada pihak yang akan lakukan SLMA, kita tahu siapa individu-individu itu, kami telah mengenal pasti blog mana yang akan menularkannya dan kami telah mengenal pasti isu-isu yang berpotensi digunakan sebagai ‘last minute bomb’,” katanya.

Tindakan pasti akan diambil jika ada mana-mana individu atau organisasi melancarkan SLMA, katanya semasa berucap pada majlis Turun Padang Timbalan Perdana Menteri bersama warga Polis Diraja Malaysia di sini, hari ini.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans