PRU14: Sering tukar kawasan pembangkang tak ikhlas-Najib – Channel W

PRU14: Sering tukar kawasan pembangkang tak ikhlas-Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak membidas cara pembangkang yang memilih calon mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bukan berdasarkan kepada keinginan  untuk berkhidmat kepada kawasan dan rakyat setempat.

Ini kerana, banyak calon pembangkang berpindah-randah daripada satu kawasan kepada satu kawasan yang lain selepas satu penggal sahaja.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyifatkan parti pembangkang di negara ini licik apabila mereka melarikan diri ke kawasan yang difikirkan ‘selamat’  pada pandangan mereka.

Ahli Parlimen Pekan itu menegaskan, pembangkang sebenarnya  merampas hak rakyat untuk menilai prestasi pada penggal terdahulu.

“Tindakan itu mungkin ada yang gusar sebab sepanjang perkhidmatan asyik mengabaikan penduduk kawasan atau mungkin ada juga yang menang dulu sebab memfitnah.

“Kali ini angkat kaki risau rakyat di kawasan itu akan mengadili setelah mereka ketahui kebenaran.

“BN tidak akan sesekali jadi seperti pembangkang. Saya tahu penduduk dan pengundi di Pekan cukup bijak dalam membuat pilihan.

“Rekod dalam PRU14 membuktikan betapa orang Pekan begitu selesa bersama saya dan BN apabila kita berjaya mengekalkan kerusi Parlimen dengan majoriti undi cukup besar iaitu 35,163 undi,” katanya dalam blog Najib Razak di sini hari ini.

Najib menegaskan, beliau tidak pernah ambil mudah kawasan dan penduduk Pekan sebaliknya akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dan bekerja kuat supaya para pengundi dapat melihat sendiri apa yang diusahakan dan dicapai.

Jelas beliau, pengundi membuat keputusan di peti undi berdasarkan pencapaian tersebut.

“Saya yakin Insya-Allah, sekiranya masyarakat di Pekan secara khususnya dan Malaysia secara amnya memilih dan mengundi pada 9 Mei nanti berdasarkan kepada fakta yang terbentang dan track record BN yang tersedia.

“Bukan sentimen dan berita-berita hasutan palsu dibawa pembangkang, BN mampu menang dengan majoriti yang lebih besar, bukan sahaja untuk kerusi Parlimen Pekan tetapi juga untuk lain-lain kerusi di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, Najib berkongsi pengalamannya ketika baru berusia 23 tahun apabila takdir menentukan beliau melangkah masuk ke dalam kancah politik selepas dipilih oleh BN untuk menggantikan tempat Allahyarham Ayahanda Tun Abdul Razak yang pulang ke rahmatullah.

Jelas beliau, meskipun bersulam perasaan duka kehilangan bapa tercinta, Najib bersyukur dapat menang tanpa bertanding pada Pilihan Raya Kecil Pekan yang diadakan pada tahun 1976.

“Saya juga berasa terharu kerana bukan sahaja saya mendapat sokongan penuh rakyat.

“Tetapi saya juga diberi peluang menyambung legasi, tanggungjawab dan amanah yang Allahyarham tinggalkan sebagai Ahli Parlimen Pekan, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia,” katanya lagi

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans