PRU14: Suara rakyat Sepang ingin pembaharuan – Channel W

PRU14: Suara rakyat Sepang ingin pembaharuan

Selama dua penggal Sepang di bawah negeri Selangor berada pada pentadbiran Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan, keadaannya masih sama dan tiada perubahan sehingga hari ini.
Gambarannya sama, iaitu sebuah parlimen desa yang tiada kemajuan pesat, penduduk berbilang kaum dengan jumlah 104 ribu pengundi, kekal dengan kawasan pedalaman yang hanya memajukan sektor pertanian.
Ia tidak mempunyai perbezaan kerana secara jelas ahli parlimennya Hanipa Maidin yang dahulu PAS, kini PAN gagal berkhidmat memberi servis yang terbaik, apatah lagi untuk rakyat di desa.

Namun sekali lagi PAN mempertaruhkan individu yang sama bertaruh dengan dua calon lain daripada BN iaitu Datuk Marsum Paing sebagai dan Sabirin Marsono daripada PAS.

Pertembungan itu tidaklah menyaksikan pertembungan yang sengit kerana penyandangnya adalah Hanipa, namun yang lebih menyerlah ke depan adalah antara BN dan PAS.

Dilihat perang bendera di sekitar Tanjung Sepat, Salak Tinggi, Sungai Pelek, Dengkil, PAN yang bertanding menggunakan logo PKR sedikit ketinggalan berbanding BN yang begitu meriah dengan jumlah bilik gerakan yang banyak, diikuti dengan PAS.

di DUN Sungai Pelek sendiri yang populasi penduduknya adalah majoriti kaum Cina, dilihat lebih cenderung kepada BN.

Menurut Tan Tuan Koh, mereka tidak lagi mempercayai dengan janji yang dibuat PH, malah Hanipa sendiri tidak pernah turun di DUN tersebut untuk berjumpa dengan rakyat.

“Memang tak bagus, minta bantuan untuk sekolah rendah pun tak bagi, jalan sesak dari Sungai Pelek ke KLIA pun sudah lama tapi apa dia buat?” soalnya.

Kekecewaan yang sama turut dinyatakan seorang lagi penduduk Sungai Pelek yang telah menetap lebih 30 tahunMuthu A/L Arumugam, beliau tidak pernah menerima sebarang bantuan daripada Hanipa selaku Ahli Parlimen di kawasan itu.

“Dulu saya ni orang kuat DAP, PRU lepas saya dah menangkan PR,tapi mereka tak tunaikan janji,bantuan sekolah yang saya minta mereka tak bagi,saya malu dengan penduduk di sini. lagi bagus saya tak pernah nampak Hanipa selepas dia menang.mana dia?” soalnya dengan penuh kemarahan.

Kesan daripada itu ia memberi peluang kepada BN dan PAS untuk bergerak ke depan menjalankan kempen sebelum tibanya hari mengundi pada 9 Mei ini.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans