PRU14: Tahap Siap Siaga Polis Hampir 100 Peratus – Channel W

PRU14: Tahap Siap Siaga Polis Hampir 100 Peratus

KUALA LUMPUR – Tahap siap siaga anggota dan pegawai polis di seluruh negara berada pada 99.9 peratus bagi memastikan kelancaran proses pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata siap siaga Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada PRU kali ini adalah luar biasa berbanding PRU terdahulu.

Beliau berkata PDRM juga telah melakukan kerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memastikan seluruh proses pilihan raya berjalan lancar.

Menurut Timbalan Perdana Menteri beliau sendiri turun ke semua Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) supaya demokrasi diterjemah sepenuhnya untuk semua calon politik daripada semua parti politik dalam menggunakan hak rakyat sebagai calon sepanjang PRU14 dijalankan.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kemuncak latihan bagi menghadapi PRU14 akan dilaksanakan esok yang melibatkan semua anggota dan pegawai polis di seluruh negara bagi memastikan siap siaga berada pada tahap 100 peratus.

“Oleh yang demikian, semua cuti anggota dan pegawai polis telah dibekukan sejak beberapa minggu yang lalu sehingga PRU14 selesai.”

“Siap siaga anggota dan pegawai polis diambil kira daripada sebelum pembubaran dan tarikh pilihan raya sehingga ke penamaan calon dan waktu mengundi, ” katanya.

Ahmad Zahid berkata segala gerak kerja PDRM telah disusun atur mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Bukit Aman.

Beliau berkata ia termasuk memastikan kelancaran proses pengundian sepanjang PRU14 di seluruh negara termasuk aliran lalu lintas.

Turut hadir adalah Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans