PRU14: Warga emas meninggal dunia ketika beratur mengundi – Channel W

PRU14: Warga emas meninggal dunia ketika beratur mengundi

 Seorang warga tua berumur 78 tahun mati di pusat mengundi ketika sedang beratur melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi di P105 Petaling Jaya.

Perkara itu disahkan Pegawai Perhubungan Media Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14) Selangor ACP Nordin Manan ketika dihubungi BNBBC.my portal dengan menerima makluman tersebut daripada Unit Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

katanya kejadian itu berlaku pada jam 9.45 pagi dan si mati belum sempat membuang undi, dipercayai berpunca daripada penyakit jantung yang kronik dialami sebelum ini.

“Si mati berumur 78 tahun seorang lelaki berbangsa Cina tiba-tiba jatuh dan dikesan mati oleh pihak perubatan PPUM kerana sakit jantung yang dialaminya,” katanya ringkas.

Beliau dalam masa yang sama berkata setakat ini keadaan masih terkawal dan tiada isu yang berlaku di Selangor sepanjang hari membuang undi sehingga jam12 tengah hari ini.

“Keadaan masih terkawal di tempat-tempat lain, tiada isu atau pergaduhan yang berlaku sehingga setakat ini,” katanya lagi.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans