PTPTN Bantu Golongan Kurang Kemampuan Tingkat Status Sosial – Zahid – Channel W

PTPTN Bantu Golongan Kurang Kemampuan Tingkat Status Sosial – Zahid

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah manifestasi hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menyediakan peluang kepada mereka yang tidak mempunyai kemampuan ekonomi terutama daripada kalangan B40, untuk memperoleh akses kepada pendidikan lebih tinggi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata PTPTN ditubuhkan 20 tahun lalu ketika Najib, yang pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan, melaksanakan pendemokrasian pendidikan bagi membantu golongan kurang berkemampuan dan termasuk dalam kategori miskin menerusi aspek akademik, sekali gus menyediakan sosial mobiliti bagi meletakkan kumpulan itu dalam status sosial lebih tinggi.

“Negara kita merupakan satu-satunya kerajaan yang menyediakan tabung pendidikan terbesar untuk rakyatnya. Ia tentu sekali lahir daripada keikhlasan hati perdana menteri, dan hasrat perdana menteri ini diterjemahkan dari tahun ke tahun sehingga kini ia berdiri sebagai tabung kewangan yang gagah di negara ini,” katanya ketika berucap pada majlis Sambutan 20 tahun PTPTN di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh dan Pengerusi PTPTN Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Ahmad Zahid berkata kecemerlangan PTPTN juga mendorong banyak negara yang mahu belajar daripada Malaysia bagaimana tabung ini diuruskan secara profesional, sehingga dapat membantu kira-kira 2.8 juta rakyat Malaysia setakat ini.

– BERNAMA

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans