Pulau Boracay dibuka semula esok – Channel W

Pulau Boracay dibuka semula esok

Bagi sesiapa yang berniat untuk melancong di Pulau Boracay sebelum ini, anda sudah boleh mengunjunginya bermula esok berikutan pulau tersebut sudah dibuka selepas beberapa bulan ditutup.

April lalu, Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan penutupan pulau yang dilabel ‘loji kumbahan’ untuk proses baik pulih fasiliti.

Apabila dibuka semula, hanya segelintir hotel dan restoran dibenarkan beroperasi, selain langkah penguatkuasaan undang-undang lebih ketat, termasuk mengehadkan kedatangan pelancong dalam usaha memulihkan semula reputasi pulau itu.

Langkah diambil bagi melindungi keindahan laut dan kualiti pasir pantai yang merupakan antara faktor yang menggamit jutaan pelancong setiap tahun.

Dalam pada itu, Setiausaha Pelancongan, Bernadette Romulo-Puyat berharap imej pulau Boracay yang baharu itu akan membuka budaya pelancongan lestari di Filipina

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans