Pulau Boracay Tutup Enam Bulan – Channel W

Pulau Boracay Tutup Enam Bulan

MANILA: Filipina mengumumkan penutupan pulau peranginan terkenal, Boracay, kepada pelancong selama enam bulan berhubung kebimbangan ia menjadi loji kumbahan.

Presiden Rodrigo Duterte mengarahkan penutupan bermula 26 April ini, kata jurucakapnya, Harry Roque, lewat semalam menerusi Twitter tanpa memberikan butiran lanjut.

Keputusan itu menjejaskan kehidupan ribuan pekerja sebagai sebahagian perdagangan pelancongan di pulau itu yang setiap tahun menerima dua juta tetamu dan menyuntik hasil kira-kira AS$1 bilion (RM3.87 bilion) kepada ekonomi negara itu.

Pakar berkata, langkah berkenaan juga bertentangan dengan dasar prapembangunan kerajaan bagi pulau itu, termasuk kelulusan kasino dan resort berharga AS$500 juta (RM1.9 bilion) baru-baru ini di Boracay.

Ancaman penutupan itu mula muncul Februari lalu apabila Duterte mengecam 500 hotel, restoran dan perniagaan lain di pulau itu, menuduh mereka membuang najis secara terus ke dalam laut dan menjadikan loji kumbahan.

Pegawai memberi amaran sistem perparitan pulau itu digunakan untuk menyalurkan najis tidak dirawat ke dalam laut sekitarnya.

Kementerian Alam Sekitar berkata, 195 perniagaan, bersama-sama 4,000 pelanggan yang menetap di situ, tidak disambung dengan saluran najis.

Namun dalam masa beberapa minggu Duterte menyelar perniagaan, Filipina memberikan lampu hijau kepada kasino gergasi Macau, Galaxy Entertainment untuk memulakan operasi pembinaan kompleks kasino dan resort tahun depan. – AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans