Pyongyang Beli Teknologi Nuklear Menerusi Kedutaan di Jerman – Channel W

Pyongyang Beli Teknologi Nuklear Menerusi Kedutaan di Jerman

Ketua agensi perisikan domestik Jerman, BfV mendedahkan, Korea Utara membeli peralatan dan teknologi bagi program nuklear dan senjatanya menerusi kedutaan negara itu di Berlin.

Ketua BfV, Hans-Georg Maassen berkata, pihaknya menyedari terlalu banyak aktiviti pemerolehan berlaku di kedutaan terbabit.

“Berdasarkan pandangan kami, aktiviti itu adalah untuk program peluru berpandu dan juga sebahagiannya untuk program nuklear,” kata Maasen dalam temu bual dengan saluran televisyen awam Jerman, ARD, disiarkan esok.

Petikan temu bual itu diterbitkan semalam.

Walaupun teknologi sebenar yang diperoleh tidak dinyatakan dengan terperinci, Maasen berkata, ia mungkin ada kaitan dengan penggunaan awam dan tentera.

“Apabila kami melihat sesuatu seperti ini, kami menghalangnya. Namun kami tidak dapat memberi jaminan bahawa kami akan melakukan pemeriksaan mengejut dan menyekat setiap cubaan,” katanya.

Agensi perisikan domestik Jerman itu memperoleh maklumat berkaitan pemerolehan teknologi terbabit pada 2016 dan 2017, menurut siasatan oleh ARD.

Pada 2014, saluran itu berkata, seorang diplomat Korea Utara cuba membeli peralatan digunakan dalam pembangunan senjata kimia. -AFP

 

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans