Quincy Jones Dakwa Michael Jackson Banyak Ciplak Lagu – Channel W

Quincy Jones Dakwa Michael Jackson Banyak Ciplak Lagu

NEW YORK: Penerbit muzik lagenda yang juga orang kuat di sebalik kemasyhuran Michael Jackson, Quincy Jones, mendakwa Raja Pop berkenaan ‘mencuri’ beberapa lagu popularnya.

Jones berkata dalam satu temubual bersama majalah Vulture, dia keberatan mendedahkan kepada umum tetapi tidak mahu menyembunyikan kenyataan Michael banyak menciplak lagu-lagunya.

“Nota muzik ‘tidak berbohong’ dan Michael seperti jelmaan Machiavellian ketika melakukannya, “ujar veteran muzik berusia 84 tahun itu.

Jones secara khusus menyebut ‘Billie Jean’ menawarkan rentak yang hampir sama dengan lagu ‘State of Independence’ dendangan ratu disco Donna Summer.

Katanya, lagu dinyanyikan Summer itu diterbitkan Jones pada 1982, beberapa bulan sebelum Michael muncul dengan album Thriller.

Jones turut menyelar Micheal sebagai penyanyi ‘tamak’ apabila tidak mengiktiraf sumbangan pemain keyboard, Greg Phillinganes yang didakwa membantu menghasilkan lagu ‘Dont Stop ‘Til You Get Enough’.

Tuduhan Jones sedikit sebanyak mengubah persepsi umum terhadap Michael Jackson yang meninggal dunia pada tahun 2009.

Namun, masih ramai yang simpati dengan penyanyi itu yang ketika hayatnya dilihat bergelut dengan masalah peribadi yang membawa kepada kemurungan. -AFP

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans