Raihan Masuk Kampung, Kolaborasi Dengan Channel W – Channel W

Raihan Masuk Kampung, Kolaborasi Dengan Channel W

Penampilan istimewa kumpulan nasyid popular negara & antarabangsa, RAIHAN dalam menjayakan program jelajah ‘RAIHAN MASUK KAMPUNG’ (RMK) ke seluruh Malaysia sepanjang tahun 2018 ini, turut mendapat kerjasama strategik Channel W yang akan mula disiarkan untuk jutaan penonton seluruh negara di Channel W pada bulan Mei depan.

Antara yang menarik dalam program RMK ini adalah aktiviti Raihan bersama masyarakat kampung dalam pertandingan masakan (Chef Desa), sukaneka-kidZone, Bola-Bola (bolasepak Rakyat), Forum Irama Raihan, Gotong-Royong Amal, Ziarah-Jejak Desa, dan pelbagai lagi aktiviti menarik mengikut negeri yang dikunjungi.

Sebelum ini, program jelajah kumpulan Raihan ke seluruh Malaysia, telah mula dilaksanakan dengan jayanya di Felcra Bukit Tandak, Rantau Panjang, Kelantan, pada awal Februari 2018 yang lalu.

Program RMK yang pertama dilaksanakan di Kelantan itu telah mendapat sokongan kehadiran dan penglibatan hampir 1,000 orang masyarakat kampung di sekitar Rantau Panjang dan belia sekitar negeri Kelantan.

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans