Rakyat Berumur 21 ke atas Menerima Bonus Dari Kerajaan Singapura – Channel W

Rakyat Berumur 21 ke atas Menerima Bonus Dari Kerajaan Singapura

SINGAPURA: Rakyat Singapura berumur 21 dan ke atas akan menerima bonus berjumlah S$100 hingga S$300 (RM296 hingga RM888) bergantung kepada jumlah pendapatan mereka.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat berkata, individu yang menerima jumlah bersih S$28,000 (RM82,965) ke bawah bagi pendapatan pada tahun 2016 akan diberikan bonus sebanyak S$300 (RM888) manakala rakyat yang meraih pendapatan antara S$28,001 hingga S$100,000 (RM82,968 hingga RM296,000) menerima S$200 (RM592).

Rakyat Singapura yang meraih pendapatan S$100,000 (RM296,000) atau memiliki lebih dari satu hartanah akan menerima S$100 (RM296).

Jumlah keseluruhan pemberian bonus itu mencecah S$700 juta (RM2.07 bilion).

Menurut Menteri Kewangan Singapura pemberian bonus ini membuktikan komitmen kerajaan Singapura dalam berkongsi hasil daripada pembangunan yang dinikmati oleh rakyat Singapura selama ini.

Menurut beliau, kerajaan menjangkakan lebihan bajet keseluruhan berjumlah S$9.6 bilion (RM28.45 bilion) untuk tahun kewangan 2017 iaitu lebih tinggi berbanding ramalan awal S$1.9 bilion (RM5.63 bilion). – AGENSI

Comments

You must be logged in to post a comment Login

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino cheap air jordans